? ??????????????Mistletoe? ????? ?? ???Rating: 4.3 (176 Ratings)??36 Grabs Today. 40086 Total Grabs. ?????
?Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Punk Collage? ????? ?? ???Rating: 4.7 (450 Ratings)??36 Grabs Today. 108702 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????25?? ???????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, January 14, 2010

hmmm........

erm,,da lme btl x pblish post lam blog ni..smue sbb bz ng stdy..last sem mmg cmni.kdg2 xsmpat nk amk tau hal org len dsbbkn byk prkare yg nk dselesaikn.

la..dah msk thn 2010 rpenye..sdar xsdar umr pn dah mngkat.dr zman knak2,jd dewasa..mm..bckap sal thun bru(biarpn ari ni dh 14jan)..msti ttnye2 ape azm bru kn..tp,klau berazam sje, xlksanakn xkn dpat ape yg kter nk gak kn..
so,kte kne brusaha la utk mncpai ssuatu yg dimpikn..

k lar...stkat ni dlu utk kli ni...
salam ukhwah wt sume..

Thursday, December 10, 2009

YA ALLAH..bantulah hambaMu ini...

Actually,ak publish post ni ader sbb tau..Bkn sje2..Ak nk share ssuatu yg d anggap pblem ar bg ak..he2..ape yg mghantui ak sbnarnye hye Tuhan yg thu..k,let's ak explain dlu ek..

Ak dlm dlema..ntara nk blik trg ke x..nak tau pe sbb nye..ak ader exam lar lpas cti..ak xsure ak bleh btahan lme tgl umah abg ak..sminggu 2.yerla,duk UIA ni bkn snang nk dpat cti lme..org len cti 3bln,ktorng dpt cti pling lme 3mggu jer 4 cti sem..lau dpt cti smnggu pun,mmg bsyukur sgt2 ar..

Errmmm..nk d bgtau kt cni,ak bru jer dpt pggilan dr my mom..nk tau xbkpe mak ak kol,,yerla,mak tye nk blik x cti ni..ak xleh lah law mak ak tye mcm 2,bkn skali,tp byk kali mak kol..jwpn yg ak berikn pd mak ak ialah nk stay kt cni smpai ari sbtu..law iktkn ati,ak mmg nak blik teramat sgt tp dsbbkan a lot of assignment n exam 2,3 paper lg xabih,ak xder smgt la nk blik..ak tkut ak xstdy..2 jer..

Ak rase lega skit ble dpt share dlm blog ni aper yg ak alami skrg..wlaupun ak xdpt cri solution dlm mse yg sgkat ni,ak rse lega ar..hehe..
K lar,stakat ni dulu yer..
Salam Ukhuwah drku..

Tuesday, December 8, 2009

tktnya EXAM!!




Exam oh exam!!!
ble tbe time exam jer,mcm2 perasaan yg mghantui dri ni..tkut,gmentar,seram..n mcm2 lg..bkn aper,tkt xleh jwb..2jer,,mcm ni lar persaan sorg student ble exam nk dkat jer..actually,skrg ni ak nk stdy sbnrya,yerla,stdy balaghah..bak kta us majid,ustzh mazlina buat soalan susah tau..dye wat kte mkin pning kpale jer..huhu..mmg btol pn..soalan ustzh mazlina buat mmg mncabar mndaku untuk berfikir lbh mndalam...

Mid-term exam..rase berdebar sgt nak exam..ble da abis exam 2,nak dpt result lg la bdbar..hope sgt dpt result yg power ar..tp kene usha dr awal lg la kn..slain 2,bykkan bdoa,slat hajat n mnta restu dr org tua..insyaAllah..brjaye..

K lah..nak smbung stdy plak..rse macam buang msee plak..yerla,mse sgt pnting skrang.bak kata pepatah arab yg bermaksud "masa itu ibarat pedang,jika kamu tidak memotongnya,pasti dia akn mmtong kamu..

Lastly,,ak nk wish gud luck buat especially buat smua student BAR 4 exam mlm ni..
bye..

Sunday, December 6, 2009

4 kesan ketara akbt dr byk b'fikiran negatif..


Untuk kita benar-benar berjaya merubah diri kepada fikiran positif, kita kena tahu dulu akibat dari berfikiran negatif. Bila anda berfikiran negatif walaupun sedikit, kita akan dipertemukan dengan pelbagai masalah secara tidak sengaja dan kebetulan - mengakibatkan kita kerugian masa, tenaga dan wang ringgit. Rugi, rugi, rugi. Terlalu rugi...

Kesan kedua, kita akan susah untuk bermotivasi.
Asyik tak bersemangat saja, rasa malas, berat tulang nak buat kerja. Walaupun ada kerja yang penting untuk diselesaikan, anda rasa macam tak nak buat lalu mendorong anda bertangguh. Bila asyik bertangguh, kesan jangka masa panjang, prestasi anda akan menurun. Anda jadi orang kurang cemerlang.

Kesan ketiga, bila berfikiran negatif, masalah dalam hidup kita tak akan pernah surut, ada-ada saja masalah yang muncul.Masalah kecil membawa kepada masalah besar. Masalah besar yang melanda semakin membesar akhirnya membawa kepada permasalahan yang dua kali ganda lebih besar. Orang berfikiran negatif tak menumpu pada penyelesaian masalah, sebab tu masalahnya makin membesar, makin menambah.

Kesan keempat, fikiran negatif akan membuat anda memiliki tabiat negatif - tamak, dengki, gelojoh, panas baran, ego, gopoh dan paling ketara, PEMALAS! Sesiapaun tak suka berkawan dengan anda dan tak siapa mahu menolong anda bila Anda dilanda kesusahan.

Itulah 4 kesan ketara akibat dari berfikiran negatif. Banyak lagi kesan-kesan lain, tapi 4 kesan di atas adalah yang paling kerap berlaku dalam masyarakat kita....so,konklusinya,elakkan diro kita dr byk berfikiran negatif..
WALLAHUA'LAM....

Friday, December 4, 2009

2sbb mngapa org Barat mncapai kjyaan...

Pernah tak anda terfikir, kenapa orang Barat ramai yang berjaya sedangkan mereka kebanyakannya bukan beragama Islam? Sebut saja nama-nama hebat seperti Edison, Napoleon Hill, Bill Gates, semua mereka mencapai tahap berjaya dalam bidang masing-masing.Kenapa pula cuma sedikit orang Islam berjaya? Jika ada, boleh dikira berapa bilangannya sedangkan, umat Islam adalah umat terpilih dan mereka boleh minta apa saja yang mereka mahu melalui DOA, tapi kenapa cuma sedikit saja orang Islam yang benar-benar berjaya?

Dalam kalangan orang kita pun, cuma sedikit muslim yang benar-benar baik, berjaya dan cemerlang dalam bidangnya. Mengapa orang yang bukan Muslim, tak tahu pasal DOA dan tak tahu pasal keberkatan, dapat mencapai kejayaan dalam bidang mereka?

Semuanya disebabkan ILMU. Orang bukan Islam tahu apa yang kita orang Islam ni tak tahu. Mereka tahu perkara-perkara yang penting.Selepas itu, mereka pastikan apa yang mereka mahu capai dan tak akan berganjak, tak akan berhenti berusaha selagi apa yang mereka matlamatkan tak tercapai.
Kita? Asyik berubah matlamat. Maka, cuma ILMU dan USAHA menjadi pembeza antara kejayaan orang Barat dengan orang kita.Orang Barat sentiasa menggali ilmu, menemui pelbagai perkara baru melalui pengkajian dalam segenap aspek kehidupan - politik, ekonomi, sukan, kewangan, teknologi dan manusiawi. Seharusnya kita ikut jejak mereka, dalam masa yang sama kuat berdoa pada Allah, moga kita berjaya seperti mereka (mungkin hingga dapat mengatasi kejayaan mereka).
Terapkan dua faktor kejayaan mereka - ILMU dan USAHA. Mulai hari ini, tetapkan matlamat, gali banyak ilmu, kemudian rajinkan diri berusaha. Jadikan perkara lain satu gangguan semata-mata...

Thursday, December 3, 2009

3 golongan awal ke neraka....

Sufyan Ash-Ashbahiny bercerita kepada 'Uqah ibn Muslim bahawa semasa memasuki Madinah, dia melihat orang sedang mengerumuni Abu Hurairah r.a. Sufyan pun menghampirinya, lalu dia duduk di hadapan Abu Hurairah yang sedang menyampaikan hadis kepada jemaah itu. Ketika Abu Hurairah berdiam diri seketika, Sufyan meminta agar dia menyampaikan hadis yang benar-benar difahami untuk dihayati. Abu Hurairah pun bersetuju seraya berkata. "Akan aku sampaikan kepadamu satu hadis yang telah disampaikan RASULULLAH S.A.W kepadaku" Selepas berkata begitu,tiba-tiba ABU HURAIRAH menangis tersedu-sedu hingga hampir pengsan.

Kemudian dia diam sebentar dan setelah kembali tersedar dia berkata, "Akan aku sampaikan kepadamu satu hadis yang telah disampaikan RASULULLAH s.a.w kepadaku di rumah ini,tidak ada orang lain selain aku dan baginda." Tiba-tiba Abu Hurairah menangis kembali tersedu-sedu sehingga hampir pengsan. Ketika itu Abu Hurairah kembali sedar dan dia menceritakan, "Bahawa pada hari kiamat nanti, ALLAH S.W.T akan turun kepada hambanya untuk memberikan keputusan kepada mereka. Setiap umat ketika itu berlutut. Golongan terawal yang akan dipanggil adalah "orang alim" , orang kaya dan orang yang berperang di jalan ALLAH S.W.T

ALLAH S.W.T bertanya kepada orang alim itu,"Bukankah AKU telah mengajarkanmu kitab yang telah AKU turunkan kepada rasul-KU?" Orang itu menjawab. "Benar,wahai Tuhan.'' ALLAH SWT kembali bertanya. ''Apa yang engkau kerjakan dengan ilmu yang kau miliki?'' Orang tersebut menjawab, ''Dengannya aku beribadat kepada-MU di malam hari dan siang hari'' Malaikat berkata kepadanya, "engkau berdusta". ALLAH SWT berfirman "engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang alim''.

Kemudian dipanggil orang kaya. ALLAH SWT berfirman, ''Engkau telah AKU beri rezeki sehingga berkeadaan cukup". Orang itu menjawab, ''Benar wahai tuhan''. ALLAH SWT kemudian bertanya, ''Apa yang telah engkau kerjakan dengan hartamu itu?'', dia menjawab, ''Dengannya aku bersillaturrahim dan juga bersedekah.'' ALLAH SWT berfirman kepadanya, "Engkau dusta". Malaikat juga berkata begitu. ALLAH berfirman, ''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang dermawan.''

Kemudian didatangkan orang yang terbunuh selepas berperang di jalan ALLAH SWT. Maka ALLAH SWT berfirman, ''Apa yang menyebabkanmu terbunuh?'' Dia menjawab, ''Telah diperintahkan kepadaku untuk berjihad di jalan-MU, maka aku berperang sehingga terbunuh.'' Maka ALLAH SWT berfirman kepadanya ,''Engkau berdusta, malaikat juga berkata begitu." ALLAH SWT berfirman, ''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang berani''."Kemudian RASULULLAH S.A.W menepuk lututku sambil bersabda, ''Wahai Abu Hurairah, ketiga-tiga orang itu adalah orang-orang yang pertama sekali merasakan seksaan api neraka pada hari kiamat.''"

Marilah bersama kita fikir-fikirkan dan renung-renungkan~

Monday, November 30, 2009

Aidil Adha ku d trg..

Last week, aq blik kampung,kt setiu,trg..bez ar gak..blik ng abg har,kak za n fina..mjur ader abg yg sdi amk ak wat blik umah..hehe..law x,rye kat KL lar ak..hu3..skrng ni ak kt nilai da..sje jer publish new post..he3..law boring leh bce kn..urm,xder aktvti g mnrik pun spnjang cti rye 2..yerla,jap je kat umah...tup2 da ader kat nilai..

Mse ari rye ke2,ak g tasik kenyir tau..aahhh..mstila ng famili ak,tp xsume la,,yerla,6t ader org dtg umah xder orang plak..so,mak,ayah xg ar..jdi,ktorang g 2buah kete..kejap je g sna..round2,mkn2,trus blik..nk buat cmane xsmpai stengah jam pn kat sne,kak ipar ak,kak na dpt pggilan dr umah suruh blik sbb ader ular dlm umah..so,kitorang kne blik awal lar..Cti rye jap jer...xsmpat jalan2 ng family pn..aper2 syukur alhmdulillah sbb dpt gak braye kt kg...

Wednesday, November 11, 2009

SYUKRAN YA ALLAH..

Alhamdulillah..bersyukur kehadrat Ilahi krn masih dbri peluang oleh-Nya untk hdup hgga ke saat ini..alangkah derita dan bahagia dri ini hnya Tuhan yang tahu,hanya Thuan yang memahami,hanya Dia yg yang mmpu mngubah sglanya..walau spndai dan sbijak manapun manusia,kter ttp krdil dsisiNya..alangkah indahnya idup ini jka kter mmpu mlawan hwa nafsu kter yng xmngundang sdkit pn kbaikan buat kter..kdangkala,kter hmpir leka mngerjakn suruhan Allah dek leka dengan dunia..

Ya Allah,ak mmhon pdmu agar dkurniakn ilmu yang bermanfaat kpdku..
Ya Allah,ak mmhon mnta dkuatkan iman..
berikanlah taufiq dan hidayah serta kekuatan untuk mghadapi hdup..

Skrg ni ak da last sem kat cni..ak arap2 sgt smue sbjek sem ni lulus cemerlang..mmng sem ni bz sgt,,kdg2 ak feel stress coz...he2..adela sbb2nye..ak rse xsbar sgt nak smbung degree kat Gombak..ak thu,klau pjang unur,insyaAllah mse 2 pasti akan tbe..rse tkut 2 mmg ader ar sbb kat sne xsme cam cni..smue kne urus sndri,bdikari lar ktekn..hehe..yang penting kte msti jge dri kter kan..ak rse cam kejap je mse ni pergi dan ilang bgtu jer..rase rgi ngat xurus mse ng baik..kadang2 idup ni mmg mmnatkan,especially ble stdy ni.nk kne p c2 la,cnila..aah,kne byak bsbr la..huhuhu..ak mmg xpunye kkuatan la,kdgkla mngundang putus asa..namun,ak perlu tahu bahwa Allah sentiasa bersama kter and sntiasa dssi kter..

BE POSITIVE!DONT BE NEGATIVE..

Wednesday, October 28, 2009

Buatmu wanita..

1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.
2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.
3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.
4. Wanita menghadapi banyak permasalahan sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.
5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.
6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.
7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.
8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.
9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.
10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.
11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawapan dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.
12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.
13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.
14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis. 15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu. 16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.
17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.
18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.
19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.
20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.
21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.
22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.
23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.
24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.
25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.
26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.
27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.
28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.
29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.
30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.
31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.
32. Wanita hiasan dunia seindah hiasan adalah wanita solehah..

Sunday, October 25, 2009

2 tahun dh berlalu zaman persekolahan..





Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t..
Syukur ke hadrat Ilahi krn dberi peluang dan kesempatan utk mmbuat catatan ddlm blog ku yang baru bbrapa bulan beroperasi ini..hehe..aahh..skrang ni ak bru abis cti 3mggu kt umah ak kt trg..huhu..bez gak ar duk kat umah,ye larr,sblum 2 duk jauh dr parents..wat sdih la plak..ha5..

Nk bgtau kat cni sbnarnya ak rindu bangat kat kawan2 ak skolah menengah dlu..sekolah menengah agama setiu..hehe..walaupun ak ni kadang2 bkn baik sangat tapi ak punye perasaan rndu yng mndalam sangat kt kwn2 ak..haha..jiwang la plak..xdela,ak teringat kngan zaman skolah dlu..btolla ape yang ckgu2 pesan n bagtau,ble kte dah abis skolah,kte pasti akan mrindui zaman prsekolahan..kata2 itu memang ak ingat sampai ke ari ni..ak rndu sgt ng kwn2 lme ak..klau ingat sgla kngan mse zaman skolah dulu,start form1 hgga form2 mmg lawak ar..xmatng ag..haha..skrng ni pun bkn mtng sgt,tapi bleh la beza jahat baik..yer dop?he2..

Dlu,mse form1 n form2,klas ktorang xcmpur laki n pmpuan tau,so,kre bebaslah nak buat ape pun..tapi,gossip mane2 pun ader..minat kat student tu la,student ni larr..macam2 lar.nak tergelak gak lau ingt detik2 mncemaskan time jwb soalan math..nak buat camane,ak antra stdent yang agk lmbb dlam soal mengira ni..ha2..pecah rahsia ak..xpela.mse 2 dah berlalu.ak pn xtau ble leh jmpe kwn2 lmme,smua bz ng stdy..mse form 3 plak klas cmpur laki n pmpuan,first2 nak umum klas mane mmang dbar ar..mse tu ak rapat sangat ng adhah..nasib xmnyblahi kami,ak xdapat duk skelas ngan adhah.wlaupun dye xskelas ngn ak,tapi ble time nak p solat je,dye msti ajak ak..timer ksih adhah..banyak sangat kngn ng kawan2 ng diorang...

Tup2 dah masuk form5..banyak sgt tnggungjawab yg ak kne pikul..waktu 2,terasa berat sangat nak pikul tanggungjawab 2.tanpa rela,ak dlantik jd biro disiplain aspuri..ak sdih sgt,,berkali2 ak merayu agr dringankan jwtanku,tp warden ttap berkeras..mse 2,byak sgt prblem yang ak almi..hanya Tuhan yang tahu.tapi,betapa nikmatnya dpat kurase blemana Allah tlah mnolong ak dlm ape yang ak lakukan..kata2 cikgu zuliana msih terngiang2 dimndaku bhw Allah pasti akn mnlong hambanya jika hambanya ikhlas mlkukan sesuatu perkara mmg mmbri makna yang ckup beerti dan sgguh bermakna..terima kasih cikgu!!

Ak ingt ag mse form5,sbjek yang pling ak xmnat ialh sejarah n perdgangn...arrh,,sejarh 2 fakta..ak mlas nk hafal..haha..ble kuar result je mulalah wat muka sdih,,huhu..pdhl dri sdri malas..ble exam je,jwapan panjang berjela tapi smua reka..haha,,dsblik suke 2 mmng byk gak ar ksah duka..ad orang xpuas ati ng ak ar,mcm 2 la,mcm ni la..manusia kan..beribu macam perangai.sabor jela..time exam spm je mulalah cari jalan camne nak hafal fakta..bru pdan muke!hehe..2la ntra kngn mse zaman skolah dlu2..
RINDU KORANG SOKMO!!

Sunday, October 4, 2009

argh..kenangan oh kenangan..





arh..dah lme rpenye ak x taip new post dsbbkan ktndusan idea dan bz ngan final exam..alhamdulillah, ri ni ak dah abis exam.walaupun ak xbpuas ati ng ape yg ak jwab dgn soalan exam yg bg ak 'agak susah',namun ak bersyukur krn ak mmpu berusha sdaya upaya ak..hehe..

ari ni jgak ak akn blik k kg halamanku d terengganu.sdih btol..bkn sbb nk blk kampung, tapi terpakse mninggalkan kwn2 yang akan myambung pelajaran kat uia gombak..ble ag akan jmpe diorang?tggu mse ak msuk gmbak agaknye lah kan..huhu..xpela,pe2 pun,hope pershbatn yang kter jalinkan dgn bismillah akn hanya berakhi dengan innalillah..insyaallah..

erm..aishah,milah dan ask..roomate ak yg mgmbil course human science sntiasa hepy go lucky skmo..bdak hs ktekan..ble time exam je,ask yang ak tgk pling sempoi skali..mgdap laptop je keje dye..milah dgn aishah plak mncri ruang dsudut2 tangga untuk study..huhu..macam2lah diorang ni..tapi 2 smua tnggal knangan..sdih mmang teramat ar..mane tknye,dah 1 1/2 taun sbilik..
bdk2 econs yang akn ke gombak ujung taun ni ramai gak..mira,alya,ili,yalin,fathin..smuenye baik2..mira..asal je bwak makann msti xlpe bwk untk kawan2..haha..sronok btol..il plak ble adr pblem jer,mgdu kat abah trus..haha..anak abhla ktekan..mcm2 lagila..

ape2 pun yang berlaku,ku arap persahabatan kiter akan kekal buat selamanya...
kter jper dinung..hehe

Friday, September 4, 2009

10 ramadhan dah berlalu...cepatnye..

10 ramadhan dh berlalu..alagkah ruginya bg sseorang mslim yg mnsia2kn ramadhan..masih belum terlewat lagi untuk kita sma2 mningkatkn amal ibdh dbulan yang mulia ini..
di bwh ini sy sertakn bberapa hadis ttng klbihan ramadhan..sma2lah kta mngambil iktibr drpda hadis ini.

1. Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap pahala (keredhaan) Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang terdahulu. (HR. Bukhari)
2. Allah ‘Azza wajalla mewajibkan puasa Ramadhan dan aku mensunahkan solat malam harinya. Barangsiapa berpuasa dan solat malam dengan mengharap pahala (keredaan) Allah, maka dia keluar dari dosanya seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya. (HR. Ahmad)
3. Rasulullah Saw menaiki mimbar (untuk berkhutbah). Menginjak anak tangga (tingkat) pertama beliau mengucapkan, “Aamin”, begitu pula pada anak tangga kedua dan ketiga. Selesai solat para sahabat bertanya, “Mengapa Rasulullah mengucapkan “Aamin”? Beliau lalu menjawab, “Malaikat Jibril datang dan berkata, “Kecewa dan merugi seorang yang bila namamu disebut dan dia tidak mengucap selawat atasmu” lalu aku berucap “Aamin.” Kemudian malaikat berkata lagi, “Kecewa dan merugi orang yang berkesempatan hidup bersama kedua orang tuanya tetapi dia tidak sampai bisa masuk surga.” Lalu aku mengucapkan “aamin”. Kemudian katanya lagi, “Kecewa dan merugi orang yang berkesempatan (hidup) pada bulan Ramadhan tetapi tidak terampuni dosa-dosanya.” Lalu aku mengucapkan “Aamin.” (HR. Ahmad)
4. Bau mulut seorang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat dari harumnya misik (minyak wangi paling harum di dunia). (HR. Bukhari)
5. Makanlah waktu sahur. Sesungguhnya makan waktu sahur menyebabkan berkat. (HR. Mutafaq’alaih)
6. Manusia tetap berkondisi baik selama mereka tidak melambat-lambatkan berbuka puasa. (HR. Bukhari)
7. Barangsiapa tidak dapat meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta (waktu berpuasa) maka Allah tidak menghilangkan lapar dan hausnya. (HR. Bukhari)
8. Barangsiapa solat malam pada malam Lailatul Qadar dengan keimanan dan harapan pahala dari Allah maka akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu. (HR. Bukhari)
9. Mungkin hasil yang diraih seorang 'saum' (yang berpuasa) hanya lapar dan haus, dan mungkin hasil yang dicapai seorang yang solat malam (Qiyamul lail) hanyalah berjaga. (HR. Ahmad dan Al Hakim)
10. Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperoleh pahalanya, dan pahala bagi yang (menerima makanan) berpuasa tidak dikurangi sedikitpun. (HR. Tirmidzi)
11. Tidaklah termasuk kebajikan orang yang tetap berpuasa dalam perjalanan (musafir). (HR. Bukhari)
12. Barangsiapa berbuka puasa sehari tanpa rukshah (alasan yang dibenarkan) atau sakit, maka tidak akan dapat ditebus (dosanya) dengan berpuasa seumur hidup meskipun dia melakukannya. (HR. Bukhari dan Muslim)
13. Barangsiapa berpuasa Ramadhan (penuh) lalu diikuti dengan berpuasa enam hari dalam bulan Syawal maka dia seperti berpuasa seumur hidup. (HR. Muslim)

Friday, August 21, 2009

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan...

Semalm,after blik dr solat terawih kt masjid BBN,aku trime byk msj dr kawan2 lama mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa..Sesungguhnya,bulan Ramadhan mmg dtggu2 oleh semua umat Islam.Ye la,sure semua orang tau ttg klbhn bulan Ramadhan kn..
terdapat malam lailatul qadr yang mana barangsiapa yang beribadah pada mlmnya akn mndapat pahala blipat kali ganda,mane tidaknya..malam lailatul qadr lebih baik dari seribu bulan..

Lailatul Qadar..

Bulan Ramadhan tersembunyi anugerah
Seribu bulan d tanganmu terserah
Segala usaha dhimpun ,d kerah
M'harap,m'capai,mndapat maghfirah.

Bulan Ramadhan syurga terbuka
Masuk pdnya mana yang suka
Jangan terbabas ke pintu neraka
Itulah tempat mereka yang leka

Bulan Ramadhan pahala diganda
Rebutlah peluang sementara usia masih ada
Ingat Allah dmana berada
Sebelum jasad d dalam keranda.



KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

Semoga Ramadhan kali ini dapat kita manfaatkan dengan sebaik2nya..
Insya'Allah..

Thursday, August 20, 2009

Couple In Islam??


Selalu bertanya pada diri, couple tu blh ke tak dlm Islam?....blh ke tak ni?.... one day, one of my friend dpt article dari IKIM ttg couple dlm Islam....it answers my question clearly....

apa kata Islam ttg couple?.... sebesar2 tajuk yg ditaip dlm article "percintaan : HARAM !!!!" dlm Islam tiada istilah bercouple....kalau benar seorang lelaki itu mencintai seseorg wanita seikhlas hatinya, tidak blh dia bercouple.... bercouple adlh dtg dari nafsu....buat apa menurutkan nafsu?.... dalam Islam yg ada hanyalah perkahwinan....cara2nya,....bila seorg lelaki itu tersuka kat seorg wanita tak kira lah member ke, tak pernah kenal ke,....dia kena solat istikharah dahulu sblm memulakan langkah....minta petunjuk Allah benarkah si dia itu adlh jodoh yg telah Allah tetapkan.... kemudian, andai dah dpt petunjuk benar si dia jodoh yg Allah tetapkan, kena approach parents dia....bkn nyer approach dia....lelaki ni kenalah minta izin kat parents nak kawan ngan perempuan ni dan niat dia berkawan kenalah nak memperisterikan perempuan ni, bukan sekadar main2 ek.... pastu, kalau perempuan ni pula kena buat solat istikharah minta petunjuk dari Allah betul tak lelaki ni jodoh dia....kalau dah dpt petunjuk dari Allah dan parents kata ok,....tak ber makna blh dating, keluar bersama2 dan sbgnya....



step seterusnya kena cpat2 tetapkan tarikh kahwin....pastu kahwin la, and happy ever after....Insya Allah.... so,....sedar tak yg sebenarnya step2 di atas adlh step utk meminang ?.... kesimpulannya, dlm Islam tak der istilah couple.... kpd sahabat2 yang ku sayangi dan kasihi, marilah kita sama membanteras gejala2 bercouple ni sbb bermula dari couple, mcm2 blh terjadi, tak pyh la di sini saya sebutkan complication2 yg timbul slps bercouple....hehe, mcm hypertension lak ada complication2.... sanggupkah kita gadaikan agama hanya utk kepuasan diri?.... ingat, kita muslim diperhati oleh non-muslim, mcm mana nak berdakwah kalau diri songsang?.... ermm...pada sape yg terasa...maaf dipinta..sekadar renungan kita bersama... i do believe in this words, deep down if u guys ask urself, we already have the answer, ALLAH the almighty have always slipped in the answer in our heart, it's just that we rather listen to the 'other' voice than the one that's already there... Keseronokan nafsu semata-mata.... harap ia menjadi pedoman buat semua... 1 lagi, saya lihat byk sgt topik cinta dlm forum.. especially dlm Jejak Remaja ni.. Cinta hanya melalaikan manusia!.. kalau nk bercinta, bercintalah dgn cara yg betul dlm Islam..

Nasihat ini jga dtujukan buat diri ku yg kerdil ini......
WaLLahua'Lam…

10 august..10 august..

Tanggal 10 August ...
tarikh keramat bgku..yg mana pd tarikh 2lah ak dlahirkn dmuka bumi ini..
Tepat jam 11.45p.m,Abg Har yg tggl xjauh dr tmptku mnntut ilmu ,tlh mnlefon ak dan mmberitahu bahawa Kak Chik sakit tenat di kampung..
Aku trus mgemas brg2 yg pnting utk pulang kkmpung..
Tepat jam 12.00 mlm,ramai diantara shbt2 yg mghntar sms kpdku smpena hari lahirku yg ke 19..terima kasih shbt..namun,ku pohon kmaafan sbb ak xsmpat reply sms kalian krn emosi aku sgt xstabil..
Ketika dlm perjalanan pulang ke kg,b'mcm2 dugaan yg Allah bg buat kami..
1) Kereta Abg Nan xhidup mse on d way nk amk aku kt Nilai.
2)Ketika sggah bhenti makn kt sbuah warung kt Kuala Berang,kunnci kereta tertinggal dlm kereta sdgkn kereta trknci dgn rapat..
mjurlah org kampung dtg tlg,Alhmdulillh..
Kami terus mnuju ke hospital sultanah nur zahirah sesmpainya d Kuala Trg..
Betapa sdih dan pilu mlihat leadaan kak chik yg xsdrkn dri @ dgn kata lain"koma"..
Buat Kak Chik..
sbrlah,mgkin ini ujian Allah..tbhlah hdpi smua ni..Fyda akn doakn ksjahteraan dan kslamatn Kak Chik..
Slme smggu ak kt kmpung,keadaan kak chik beransur pulih.Aku brsyukur kpd-Mu Ya Allah..

As A Student....

Byknye assignment..huhu..hanya Tuhan yg tahu.Ini adlh cttn pertama dlm blog ku stlah skian lama aku mncari ruang waktu yang sesuai utk mmbuat catatan ttg khdupanku..

Sekarang ni dh msk taun kedua aku kt Pusat Asasi UIAM,Nilai kampus..

First2 msuk UIA,assgnment "relek" jer org kata.Masuk 2nd sem,1st year,presentation plak yg xlaratnya..

Now,dah jh jd student 2nd year smakin mncbar ar..sbjek byak..kne susun jadual ar plok..huhu..
Hanya kpd Tuhan tmpatku mngadu..