? ??????????????Mistletoe? ????? ?? ???Rating: 4.3 (176 Ratings)??36 Grabs Today. 40086 Total Grabs. ?????
?Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Punk Collage? ????? ?? ???Rating: 4.7 (450 Ratings)??36 Grabs Today. 108702 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????25?? ???????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, December 3, 2009

3 golongan awal ke neraka....

Sufyan Ash-Ashbahiny bercerita kepada 'Uqah ibn Muslim bahawa semasa memasuki Madinah, dia melihat orang sedang mengerumuni Abu Hurairah r.a. Sufyan pun menghampirinya, lalu dia duduk di hadapan Abu Hurairah yang sedang menyampaikan hadis kepada jemaah itu. Ketika Abu Hurairah berdiam diri seketika, Sufyan meminta agar dia menyampaikan hadis yang benar-benar difahami untuk dihayati. Abu Hurairah pun bersetuju seraya berkata. "Akan aku sampaikan kepadamu satu hadis yang telah disampaikan RASULULLAH S.A.W kepadaku" Selepas berkata begitu,tiba-tiba ABU HURAIRAH menangis tersedu-sedu hingga hampir pengsan.

Kemudian dia diam sebentar dan setelah kembali tersedar dia berkata, "Akan aku sampaikan kepadamu satu hadis yang telah disampaikan RASULULLAH s.a.w kepadaku di rumah ini,tidak ada orang lain selain aku dan baginda." Tiba-tiba Abu Hurairah menangis kembali tersedu-sedu sehingga hampir pengsan. Ketika itu Abu Hurairah kembali sedar dan dia menceritakan, "Bahawa pada hari kiamat nanti, ALLAH S.W.T akan turun kepada hambanya untuk memberikan keputusan kepada mereka. Setiap umat ketika itu berlutut. Golongan terawal yang akan dipanggil adalah "orang alim" , orang kaya dan orang yang berperang di jalan ALLAH S.W.T

ALLAH S.W.T bertanya kepada orang alim itu,"Bukankah AKU telah mengajarkanmu kitab yang telah AKU turunkan kepada rasul-KU?" Orang itu menjawab. "Benar,wahai Tuhan.'' ALLAH SWT kembali bertanya. ''Apa yang engkau kerjakan dengan ilmu yang kau miliki?'' Orang tersebut menjawab, ''Dengannya aku beribadat kepada-MU di malam hari dan siang hari'' Malaikat berkata kepadanya, "engkau berdusta". ALLAH SWT berfirman "engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang alim''.

Kemudian dipanggil orang kaya. ALLAH SWT berfirman, ''Engkau telah AKU beri rezeki sehingga berkeadaan cukup". Orang itu menjawab, ''Benar wahai tuhan''. ALLAH SWT kemudian bertanya, ''Apa yang telah engkau kerjakan dengan hartamu itu?'', dia menjawab, ''Dengannya aku bersillaturrahim dan juga bersedekah.'' ALLAH SWT berfirman kepadanya, "Engkau dusta". Malaikat juga berkata begitu. ALLAH berfirman, ''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang dermawan.''

Kemudian didatangkan orang yang terbunuh selepas berperang di jalan ALLAH SWT. Maka ALLAH SWT berfirman, ''Apa yang menyebabkanmu terbunuh?'' Dia menjawab, ''Telah diperintahkan kepadaku untuk berjihad di jalan-MU, maka aku berperang sehingga terbunuh.'' Maka ALLAH SWT berfirman kepadanya ,''Engkau berdusta, malaikat juga berkata begitu." ALLAH SWT berfirman, ''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang berani''."Kemudian RASULULLAH S.A.W menepuk lututku sambil bersabda, ''Wahai Abu Hurairah, ketiga-tiga orang itu adalah orang-orang yang pertama sekali merasakan seksaan api neraka pada hari kiamat.''"

Marilah bersama kita fikir-fikirkan dan renung-renungkan~

Monday, November 30, 2009

Aidil Adha ku d trg..

Last week, aq blik kampung,kt setiu,trg..bez ar gak..blik ng abg har,kak za n fina..mjur ader abg yg sdi amk ak wat blik umah..hehe..law x,rye kat KL lar ak..hu3..skrng ni ak kt nilai da..sje jer publish new post..he3..law boring leh bce kn..urm,xder aktvti g mnrik pun spnjang cti rye 2..yerla,jap je kat umah...tup2 da ader kat nilai..

Mse ari rye ke2,ak g tasik kenyir tau..aahhh..mstila ng famili ak,tp xsume la,,yerla,6t ader org dtg umah xder orang plak..so,mak,ayah xg ar..jdi,ktorang g 2buah kete..kejap je g sna..round2,mkn2,trus blik..nk buat cmane xsmpai stengah jam pn kat sne,kak ipar ak,kak na dpt pggilan dr umah suruh blik sbb ader ular dlm umah..so,kitorang kne blik awal lar..Cti rye jap jer...xsmpat jalan2 ng family pn..aper2 syukur alhmdulillah sbb dpt gak braye kt kg...

Wednesday, November 11, 2009

SYUKRAN YA ALLAH..

Alhamdulillah..bersyukur kehadrat Ilahi krn masih dbri peluang oleh-Nya untk hdup hgga ke saat ini..alangkah derita dan bahagia dri ini hnya Tuhan yang tahu,hanya Thuan yang memahami,hanya Dia yg yang mmpu mngubah sglanya..walau spndai dan sbijak manapun manusia,kter ttp krdil dsisiNya..alangkah indahnya idup ini jka kter mmpu mlawan hwa nafsu kter yng xmngundang sdkit pn kbaikan buat kter..kdangkala,kter hmpir leka mngerjakn suruhan Allah dek leka dengan dunia..

Ya Allah,ak mmhon pdmu agar dkurniakn ilmu yang bermanfaat kpdku..
Ya Allah,ak mmhon mnta dkuatkan iman..
berikanlah taufiq dan hidayah serta kekuatan untuk mghadapi hdup..

Skrg ni ak da last sem kat cni..ak arap2 sgt smue sbjek sem ni lulus cemerlang..mmng sem ni bz sgt,,kdg2 ak feel stress coz...he2..adela sbb2nye..ak rse xsbar sgt nak smbung degree kat Gombak..ak thu,klau pjang unur,insyaAllah mse 2 pasti akan tbe..rse tkut 2 mmg ader ar sbb kat sne xsme cam cni..smue kne urus sndri,bdikari lar ktekn..hehe..yang penting kte msti jge dri kter kan..ak rse cam kejap je mse ni pergi dan ilang bgtu jer..rase rgi ngat xurus mse ng baik..kadang2 idup ni mmg mmnatkan,especially ble stdy ni.nk kne p c2 la,cnila..aah,kne byak bsbr la..huhuhu..ak mmg xpunye kkuatan la,kdgkla mngundang putus asa..namun,ak perlu tahu bahwa Allah sentiasa bersama kter and sntiasa dssi kter..

BE POSITIVE!DONT BE NEGATIVE..

Wednesday, October 28, 2009

Buatmu wanita..

1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.
2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.
3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.
4. Wanita menghadapi banyak permasalahan sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.
5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.
6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.
7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.
8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.
9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.
10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.
11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawapan dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.
12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.
13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.
14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis. 15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu. 16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.
17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.
18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.
19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.
20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.
21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.
22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.
23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.
24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.
25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.
26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.
27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.
28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.
29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.
30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.
31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.
32. Wanita hiasan dunia seindah hiasan adalah wanita solehah..

Sunday, October 25, 2009

2 tahun dh berlalu zaman persekolahan..





Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t..
Syukur ke hadrat Ilahi krn dberi peluang dan kesempatan utk mmbuat catatan ddlm blog ku yang baru bbrapa bulan beroperasi ini..hehe..aahh..skrang ni ak bru abis cti 3mggu kt umah ak kt trg..huhu..bez gak ar duk kat umah,ye larr,sblum 2 duk jauh dr parents..wat sdih la plak..ha5..

Nk bgtau kat cni sbnarnya ak rindu bangat kat kawan2 ak skolah menengah dlu..sekolah menengah agama setiu..hehe..walaupun ak ni kadang2 bkn baik sangat tapi ak punye perasaan rndu yng mndalam sangat kt kwn2 ak..haha..jiwang la plak..xdela,ak teringat kngan zaman skolah dlu..btolla ape yang ckgu2 pesan n bagtau,ble kte dah abis skolah,kte pasti akan mrindui zaman prsekolahan..kata2 itu memang ak ingat sampai ke ari ni..ak rndu sgt ng kwn2 lme ak..klau ingat sgla kngan mse zaman skolah dulu,start form1 hgga form2 mmg lawak ar..xmatng ag..haha..skrng ni pun bkn mtng sgt,tapi bleh la beza jahat baik..yer dop?he2..

Dlu,mse form1 n form2,klas ktorang xcmpur laki n pmpuan tau,so,kre bebaslah nak buat ape pun..tapi,gossip mane2 pun ader..minat kat student tu la,student ni larr..macam2 lar.nak tergelak gak lau ingt detik2 mncemaskan time jwb soalan math..nak buat camane,ak antra stdent yang agk lmbb dlam soal mengira ni..ha2..pecah rahsia ak..xpela.mse 2 dah berlalu.ak pn xtau ble leh jmpe kwn2 lmme,smua bz ng stdy..mse form 3 plak klas cmpur laki n pmpuan,first2 nak umum klas mane mmang dbar ar..mse tu ak rapat sangat ng adhah..nasib xmnyblahi kami,ak xdapat duk skelas ngan adhah.wlaupun dye xskelas ngn ak,tapi ble time nak p solat je,dye msti ajak ak..timer ksih adhah..banyak sangat kngn ng kawan2 ng diorang...

Tup2 dah masuk form5..banyak sgt tnggungjawab yg ak kne pikul..waktu 2,terasa berat sangat nak pikul tanggungjawab 2.tanpa rela,ak dlantik jd biro disiplain aspuri..ak sdih sgt,,berkali2 ak merayu agr dringankan jwtanku,tp warden ttap berkeras..mse 2,byak sgt prblem yang ak almi..hanya Tuhan yang tahu.tapi,betapa nikmatnya dpat kurase blemana Allah tlah mnolong ak dlm ape yang ak lakukan..kata2 cikgu zuliana msih terngiang2 dimndaku bhw Allah pasti akn mnlong hambanya jika hambanya ikhlas mlkukan sesuatu perkara mmg mmbri makna yang ckup beerti dan sgguh bermakna..terima kasih cikgu!!

Ak ingt ag mse form5,sbjek yang pling ak xmnat ialh sejarah n perdgangn...arrh,,sejarh 2 fakta..ak mlas nk hafal..haha..ble kuar result je mulalah wat muka sdih,,huhu..pdhl dri sdri malas..ble exam je,jwapan panjang berjela tapi smua reka..haha,,dsblik suke 2 mmng byk gak ar ksah duka..ad orang xpuas ati ng ak ar,mcm 2 la,mcm ni la..manusia kan..beribu macam perangai.sabor jela..time exam spm je mulalah cari jalan camne nak hafal fakta..bru pdan muke!hehe..2la ntra kngn mse zaman skolah dlu2..
RINDU KORANG SOKMO!!

Sunday, October 4, 2009

argh..kenangan oh kenangan..





arh..dah lme rpenye ak x taip new post dsbbkan ktndusan idea dan bz ngan final exam..alhamdulillah, ri ni ak dah abis exam.walaupun ak xbpuas ati ng ape yg ak jwab dgn soalan exam yg bg ak 'agak susah',namun ak bersyukur krn ak mmpu berusha sdaya upaya ak..hehe..

ari ni jgak ak akn blik k kg halamanku d terengganu.sdih btol..bkn sbb nk blk kampung, tapi terpakse mninggalkan kwn2 yang akan myambung pelajaran kat uia gombak..ble ag akan jmpe diorang?tggu mse ak msuk gmbak agaknye lah kan..huhu..xpela,pe2 pun,hope pershbatn yang kter jalinkan dgn bismillah akn hanya berakhi dengan innalillah..insyaallah..

erm..aishah,milah dan ask..roomate ak yg mgmbil course human science sntiasa hepy go lucky skmo..bdak hs ktekan..ble time exam je,ask yang ak tgk pling sempoi skali..mgdap laptop je keje dye..milah dgn aishah plak mncri ruang dsudut2 tangga untuk study..huhu..macam2lah diorang ni..tapi 2 smua tnggal knangan..sdih mmang teramat ar..mane tknye,dah 1 1/2 taun sbilik..
bdk2 econs yang akn ke gombak ujung taun ni ramai gak..mira,alya,ili,yalin,fathin..smuenye baik2..mira..asal je bwak makann msti xlpe bwk untk kawan2..haha..sronok btol..il plak ble adr pblem jer,mgdu kat abah trus..haha..anak abhla ktekan..mcm2 lagila..

ape2 pun yang berlaku,ku arap persahabatan kiter akan kekal buat selamanya...
kter jper dinung..hehe

Friday, September 4, 2009

10 ramadhan dah berlalu...cepatnye..

10 ramadhan dh berlalu..alagkah ruginya bg sseorang mslim yg mnsia2kn ramadhan..masih belum terlewat lagi untuk kita sma2 mningkatkn amal ibdh dbulan yang mulia ini..
di bwh ini sy sertakn bberapa hadis ttng klbihan ramadhan..sma2lah kta mngambil iktibr drpda hadis ini.

1. Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap pahala (keredhaan) Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang terdahulu. (HR. Bukhari)
2. Allah ‘Azza wajalla mewajibkan puasa Ramadhan dan aku mensunahkan solat malam harinya. Barangsiapa berpuasa dan solat malam dengan mengharap pahala (keredaan) Allah, maka dia keluar dari dosanya seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya. (HR. Ahmad)
3. Rasulullah Saw menaiki mimbar (untuk berkhutbah). Menginjak anak tangga (tingkat) pertama beliau mengucapkan, “Aamin”, begitu pula pada anak tangga kedua dan ketiga. Selesai solat para sahabat bertanya, “Mengapa Rasulullah mengucapkan “Aamin”? Beliau lalu menjawab, “Malaikat Jibril datang dan berkata, “Kecewa dan merugi seorang yang bila namamu disebut dan dia tidak mengucap selawat atasmu” lalu aku berucap “Aamin.” Kemudian malaikat berkata lagi, “Kecewa dan merugi orang yang berkesempatan hidup bersama kedua orang tuanya tetapi dia tidak sampai bisa masuk surga.” Lalu aku mengucapkan “aamin”. Kemudian katanya lagi, “Kecewa dan merugi orang yang berkesempatan (hidup) pada bulan Ramadhan tetapi tidak terampuni dosa-dosanya.” Lalu aku mengucapkan “Aamin.” (HR. Ahmad)
4. Bau mulut seorang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat dari harumnya misik (minyak wangi paling harum di dunia). (HR. Bukhari)
5. Makanlah waktu sahur. Sesungguhnya makan waktu sahur menyebabkan berkat. (HR. Mutafaq’alaih)
6. Manusia tetap berkondisi baik selama mereka tidak melambat-lambatkan berbuka puasa. (HR. Bukhari)
7. Barangsiapa tidak dapat meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta (waktu berpuasa) maka Allah tidak menghilangkan lapar dan hausnya. (HR. Bukhari)
8. Barangsiapa solat malam pada malam Lailatul Qadar dengan keimanan dan harapan pahala dari Allah maka akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu. (HR. Bukhari)
9. Mungkin hasil yang diraih seorang 'saum' (yang berpuasa) hanya lapar dan haus, dan mungkin hasil yang dicapai seorang yang solat malam (Qiyamul lail) hanyalah berjaga. (HR. Ahmad dan Al Hakim)
10. Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperoleh pahalanya, dan pahala bagi yang (menerima makanan) berpuasa tidak dikurangi sedikitpun. (HR. Tirmidzi)
11. Tidaklah termasuk kebajikan orang yang tetap berpuasa dalam perjalanan (musafir). (HR. Bukhari)
12. Barangsiapa berbuka puasa sehari tanpa rukshah (alasan yang dibenarkan) atau sakit, maka tidak akan dapat ditebus (dosanya) dengan berpuasa seumur hidup meskipun dia melakukannya. (HR. Bukhari dan Muslim)
13. Barangsiapa berpuasa Ramadhan (penuh) lalu diikuti dengan berpuasa enam hari dalam bulan Syawal maka dia seperti berpuasa seumur hidup. (HR. Muslim)