Semalm,after blik dr solat terawih kt masjid BBN,aku trime byk msj dr kawan2 lama mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa..Sesungguhnya,bulan Ramadhan mmg dtggu2 oleh semua umat Islam.Ye la,sure semua orang tau ttg klbhn bulan Ramadhan kn..
terdapat malam lailatul qadr yang mana barangsiapa yang beribadah pada mlmnya akn mndapat pahala blipat kali ganda,mane tidaknya..malam lailatul qadr lebih baik dari seribu bulan..
Lailatul Qadar..
Bulan Ramadhan tersembunyi anugerah
Seribu bulan d tanganmu terserah
Segala usaha dhimpun ,d kerah
M'harap,m'capai,mndapat maghfirah.
Bulan Ramadhan syurga terbuka
Masuk pdnya mana yang suka
Jangan terbabas ke pintu neraka
Itulah tempat mereka yang leka
Bulan Ramadhan pahala diganda
Rebutlah peluang sementara usia masih ada
Ingat Allah dmana berada
Sebelum jasad d dalam keranda.
KELEBIHAN RAMADHAN
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
Semoga Ramadhan kali ini dapat kita manfaatkan dengan sebaik2nya..
Insya'Allah..
Friday, August 21, 2009
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan...
Posted by layyinul_qalb90 at 3:48 PM 0 comments
Thursday, August 20, 2009
Couple In Islam??

Selalu bertanya pada diri, couple tu blh ke tak dlm Islam?....blh ke tak ni?.... one day, one of my friend dpt article dari IKIM ttg couple dlm Islam....it answers my question clearly....
apa kata Islam ttg couple?.... sebesar2 tajuk yg ditaip dlm article "percintaan : HARAM !!!!" dlm Islam tiada istilah bercouple....kalau benar seorang lelaki itu mencintai seseorg wanita seikhlas hatinya, tidak blh dia bercouple.... bercouple adlh dtg dari nafsu....buat apa menurutkan nafsu?.... dalam Islam yg ada hanyalah perkahwinan....cara2nya,....bila seorg lelaki itu tersuka kat seorg wanita tak kira lah member ke, tak pernah kenal ke,....dia kena solat istikharah dahulu sblm memulakan langkah....minta petunjuk Allah benarkah si dia itu adlh jodoh yg telah Allah tetapkan.... kemudian, andai dah dpt petunjuk benar si dia jodoh yg Allah tetapkan, kena approach parents dia....bkn nyer approach dia....lelaki ni kenalah minta izin kat parents nak kawan ngan perempuan ni dan niat dia berkawan kenalah nak memperisterikan perempuan ni, bukan sekadar main2 ek.... pastu, kalau perempuan ni pula kena buat solat istikharah minta petunjuk dari Allah betul tak lelaki ni jodoh dia....kalau dah dpt petunjuk dari Allah dan parents kata ok,....tak ber makna blh dating, keluar bersama2 dan sbgnya....
step seterusnya kena cpat2 tetapkan tarikh kahwin....pastu kahwin la, and happy ever after....Insya Allah.... so,....sedar tak yg sebenarnya step2 di atas adlh step utk meminang ?.... kesimpulannya, dlm Islam tak der istilah couple.... kpd sahabat2 yang ku sayangi dan kasihi, marilah kita sama membanteras gejala2 bercouple ni sbb bermula dari couple, mcm2 blh terjadi, tak pyh la di sini saya sebutkan complication2 yg timbul slps bercouple....hehe, mcm hypertension lak ada complication2.... sanggupkah kita gadaikan agama hanya utk kepuasan diri?.... ingat, kita muslim diperhati oleh non-muslim, mcm mana nak berdakwah kalau diri songsang?.... ermm...pada sape yg terasa...maaf dipinta..sekadar renungan kita bersama... i do believe in this words, deep down if u guys ask urself, we already have the answer, ALLAH the almighty have always slipped in the answer in our heart, it's just that we rather listen to the 'other' voice than the one that's already there... Keseronokan nafsu semata-mata.... harap ia menjadi pedoman buat semua... 1 lagi, saya lihat byk sgt topik cinta dlm forum.. especially dlm Jejak Remaja ni.. Cinta hanya melalaikan manusia!.. kalau nk bercinta, bercintalah dgn cara yg betul dlm Islam..
Nasihat ini jga dtujukan buat diri ku yg kerdil ini......
WaLLahua'Lam…
Posted by layyinul_qalb90 at 8:10 PM 0 comments
10 august..10 august..
Posted by layyinul_qalb90 at 12:29 PM 0 comments
As A Student....
Byknye assignment..huhu..hanya Tuhan yg tahu.Ini adlh cttn pertama dlm blog ku stlah skian lama aku mncari ruang waktu yang sesuai utk mmbuat catatan ttg khdupanku..
Sekarang ni dh msk taun kedua aku kt Pusat Asasi UIAM,Nilai kampus..
First2 msuk UIA,assgnment "relek" jer org kata.Masuk 2nd sem,1st year,presentation plak yg xlaratnya..
Now,dah jh jd student 2nd year smakin mncbar ar..sbjek byak..kne susun jadual ar plok..huhu..
Hanya kpd Tuhan tmpatku mngadu..
Posted by layyinul_qalb90 at 11:18 AM 0 comments